Secara rasminya sayasukashawl mnjalankan operasi pada 24/11/2010.. :) jangan lupa click older post tuk lihat lebih item ;)

Follow Me

24 May 2013

SEMBELIT: atasi dengan FIBREMAX!


Anda sembelit selepas minggu ke dua berdiet Sd2? Ini adalah perkara biasa terjadi kepada mereka yang mengikuti Program diet bersama sd 2. Ini kerana badan kekurangan serat yang biasanya kita ambil dari sumber karbohidrat seperti nasi, roti, bijirin dan gandum. Sembelit boleh mengakibatkan rasa tidak selesa, kekembungan,pening kepala, badan berasid dan menimbulkan pelbagai masalah penyakit yang lain malahansembelit akan merendahkan kadar metabolisma badan dan ini akan menyebabkan badan berhenti membakar lemak atau kadar penurunan akan jadi sangat perlahan.
Mengapa kebanyakkan produk pelangsingan yang biasa terdapat dipasaran akan menggalakkan pembuangan air besar yang kerap? Ini kerana konsep yang sama. ‘Bila usus bersih, metabolisma akan tinggi dan kadar pembakaran lemak akan jadi sempurna’. tetapi diet cara seperti ini tidak digalakkan kerana ianya hanya akan menyebabkan anda kehilangan cecair yang banyak dari tubuh.
Bagaimana mengatasi masalah sembelit ketika mengikuti diet ini? Anda boleh mendapatkan ‘Fibermax’ dari pengedar seperti saya atau boleh juga atau anda hanya perlu lebihkan pengambilan sayur-sayuran hijau seperti kangkung, bayam, sawi, dan kalian serta minum air kosong dengan banyak.  Anda boleh cuba cara ini iaitu ambil 2 jenis sayur dan satu jenis protein ( ikan atau ayam atau daging ) pada hidangan tengahari dan malam. 


Selamat berdiet dan jumpa lagi  :)  Hubungi Sy Nadiah untuk keterangan lanjut 0192350940

Instagram: inhealthnbeauty

15 May 2013

SDII & Fibre Max gabungan mantap!

 

Assalmualaikum..
Ramai yang tak tahu SD11 jika diambil dengan Fibre Max akan mempermudahkan proses penurunan berat badan.  Jika mereka yang sukar buang air besar, atau sembelit disarankan mengamalkan minum Fibre Max.
Berikut adalah tentanf Fibre Max secara terperinci




FiberMax – Suplemen Serat Makanan Semulajadi (untuk membantu mereka yang susah untuk buang air besar)
• Lima jenis serat larut
• Larut dalam air dan jus
• Enak dan serbaguna
• Pek ekonomi baru bersaiz 420 gm / tin
• Membantu penghadaman yang sihat untuk jangka panjang
New Image FibreMax terdiri dari campuran ekstrak akar chicory, psyllium, serat soya, dedak gandum dan pektin. Bahan-bahan tersebut diformulasikan sebagai bahantara untuk membersihkan usus secara selesa dan berkesan. Campuran lima serat semulajadi dalam FiberMax dipilih berdasarkan sifat khususnya yang istimewa.
Sekiranya anda berdiet, pengambilan serat campuran yang disyorkan adalah sebanyak 30 gm ke 40 gm sehari akan membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih baik dan berkesan.

Ekstrak Akar Chicory
Serat larut akar chicory diekstrak tanpa menggunakan bahan kimia tetapi dengan hanya menggunakan air yang mendidih sahaja. Ekstrak ini mempunyai rasa manis yang semulajadi tetapi tidak diserap oleh usus kecil menjadikannya selamat untuk kegunaan pesakit kencing manis dan orang yang berdiet rendah karbohidrat.
Penyelidikan yang mendalam telah menunjukkan pengambilan ekstrak akar chicory yang sederhana boleh meningkatkan (5 ke 10 kali lebih banyak) dengan ketara kebaikan bifidobakteria didalam saluran usus. Pada masa yang sama, kehadiran bakteria yang tidak dikehendaki juga dapat dikurangkan dengan banyak. Ini membuktikan bahawa setiap gram esktrak ini telah memberi menafaat yang istimewa kepada bifidobakteria, dengan merangsang metabolism mereka serta meningkatkan aktiviti, yang berpotensi membentuk usus yang lebih sihat.

Psyllium
Kebanyakan jenis serat boleh larut mengalami proses penapaian didalam usus menyebabkan ia kurang berkesan terhadap pemukalan najis. Pysillium (sejenis serat larut), yang merupakan bahan sekam dari Plantago ovato, terkecuali dari proses penapaian ini dan ianya sangat bermanfaat dalam kesan pemukalan najis. Serat tidak larut yang bersumberkan gandum, selalunya tidak memberikan apa-apa kesan kepada bahagian awal sistem usus. Ini menunjukkan bahawa serat tidak larut tidak memberikan apa-apa manfaat dalam menurunkan kolesterol jika dibandingkan dengn serat boleh larut.
Psyllium telah menunjukkan kesan penurunan kolesterol yang ketara didalam darah dan selanjutnya mengurangkan risiko penyakit jantung. Psyllium, hampir boleh dipanggil serat “ajaib”  kerana ia mengandungi kedua-dua fungsi serat larut dan juga serat tak larut.

Serat Soya
Serat soya juga memberikan menafaat yang berkaitan dengan kedua-dua serat larut dan sumber serat tidak larut. Menafaatnya adalah seperti berikut:
  • Membaik pulih fungsi penghadaman didalam usus
  • Mengurangkan kadar serum kolesterol bagi individu yang menghidapi hiperkolesterolemia apabila diambil sebagai sebahagian dari diet lemak yang diubahsuai
  • Membantu untuk melaraskan kadar gula didalam darah secara berterusan untuk individu yang normal
  • Meningkatkan sensitiviti insulin kepada pesakit yang menghidapi masalah toleransi glokosa
  • Meningkatkan toleransi glukosa kepada pesakit obes yang menghidapi diabetis
  • Serat soya juga menyelaraskan fungsi usus – dengan mengawal masalah sembelit dan juga cirit birit

Dedak Oat
Dedak oat terdiri dari serat larut yang juga dikenali sebagai glucosan beta-D. Apabila dicampur dengan cecair ia akan menjadi sangat likat. Beberapa penyelidikan telah dibuat tentang kesan penurunan kolesterol terhadap pengambilan dedak oat.  Ia menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi mendapat kesan yang lebih baik dari mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang normal. Namun begitu, mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang normal juga boleh mendapat banyak manfaat jika meningkatkan pengambilan dedak oat.

Pektin
Pektin juga adalah serat larut yang lengkap dan dihasilkan dari esktrak kulit buah citrus atau apel. Ia juga mempunyai kesan untuk menurunkan kadar kolesterol dan merupakan agen yang penting dalam penjagaan kesihatan usus.

Campurkan FiberMax kedalam setiap hidangan SD2 untuk penurunan berat yang lebih berkesan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...